Kene Pantau jugak ke?


MALAYSIA JALIN KERJASAMA NEGARA LUAR PANTAU GERAKAN SYIAH : HISHAMMUDDIN – berita hairan

Malaysia menjalin hubungan rapat dengan negara termasuk Arab Saudi, Iran dan negara jiran, Singapura dan Indonesia bagi memantau gerakan Syiah bagi memastikan ia tidak menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara.

Hishammuddin Hussein, berkata keadaan dunia tiada sempadan menuntut pihak berkuasa mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan fahaman itu daripada negara berkenaan.

Sambil mengakui fahaman Syiah belum sampai tahap menimbulkan ancaman keselamatan negara, beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi dan sentiasa memantau sebarang fahaman atau gerakan yang mempunyai unsur militan.

“Dari segi fahaman itu, kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab memantaunya, tapi dari segi keselamatan setakat yang saya tahu, fahaman itu tidak menimbulkan ancaman membimbangkan. “Pemantauan dilakukan kementerian banyak berkisar terhadap isu yang berhubung kait dengan kegiatan militan dan setakat ini fahaman Syiah tidak mempunyai unsur berkenaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment