Dari Meja Presiden PerMaSTA UNiSEL

salam perjuangan...


Setelah tamatnya AGM pada April 2010 lalu, kini pimpinan baru Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Alam telah dibentuk dan mengorak langkah maju, bersesuaianlah dengan penamaan semula persatuan kepada PerMaSTA dimana yang dahulunya digelar MASS telah mengalami Transformasi 360' berikutan penamaan semula Fakulti Sains Gunaan dan Matematik di peringkat pihak pengurusan fakulti.Di peringkat Mahasiswa kami menyambut baik dengan penamaan ini kerana ia bersesuaian dengan kehendak semasa.Selain itu juga sekalung ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada pimpinan MASS yang dikemudi oleh saudara Ashraf yang juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami pimpinan PerMaSTA.Diharapkan hubungan yang terjalin antara kedua-dua pimpinan dapat diteruskan dan kesinambungan dapat diteruskan supaya perjuangan yang masih tidak terisi dapat kami pimpinan PerMaSTA penuhi.


Disini juga saya Muhammad Shahimi Ariffin selaku Presiden PerMaSTA ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang telah diberi peluang dan ruang dalam memimpin pimpinan PerMaSTA.Diharapkan Ruang dan Peluang ini digunakan sebaik mungkin kerana pengisian ini tidak akan mungkin anda mampu raih dimana-mana melainkan menceburkan diri dalam berpersatuan.Anda merupakan golongan permulaan dalam memperkasakan persatuan yang masih dianggap setahun jagung ini.Nasib dan masa depan persatuan terletak pada telapak tangan anda.


Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada yang memberikan kepercayaan kepada saya dalam memimpin Pimpinan PerMaSTA.Akan saya gunakan peluang ini sebaik mungkin seperti apa yang diharapkan MAHASISWA Fakulti Sains dan Teknologi Alam (FaSTA).Saya juga mengharapkan partisipasi penuh daripada Mahasiswa FaSTA untuk bersama-sama dalam mengangkat martabat persatuan sekaligus memperkasakan FaSTA ke peringkat bukan sahaja UNiSEL malah keperingkat Global..insyaALLAH..Sekian dari Meja Presiden PerMaSTA 10/11..



MUhammad SHAhimi aRIFFin (MuShariff)
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Alam (PerMaSTA),
Sesi 2010/2011,
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

0 comments:

Post a Comment